Seekor Kucing Terjatuh Dalam Empangan Dan Berjaya Diselamatkan Pasukan Penyelamat

Seekor Kucing Terjatuh Dalam Empangan Dan Berjaya Diselamatkan Pasukan Penyelamat

Jabatan Sherif Huntington County di Indiana sudah biasa menerima panggilan kecemasan yang dikira agak berlainan dan pelik tetapi biasanya ia membabitkan orang awam. Pada 16 Januari yang lalu, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan yang agak unik dan tidak membabitkan manusia tetapi seekor kucing.

Seorang pemancing yang berada berdekatan jalan empangan State Road 5 telah terlihat satu pergerakan yang aneh seperti satu benda yang sedang mengelongsor menuruni empangan itu yang dilitupi salji. Apabila dilihat dengan teliti, kelihatan seekor kucing yang sedang ketakutan telah terperangkap di hujungnya, lalu dia telah membuat panggilan kecemasan.

Jabatan Sherif Huntington menulis di Facebook, “Kucing itu sedang dalam ketakutan dan amat cemas sambil berpaut pada satu struktur besi di empangan itu bagi mengelakkan dirinya dari terjatuh ke dalam air, dan dia sudah keletihan. Kami tidak pasti bagaimana kucing ini boleh berada di empangan itu. Ia satu tempat larangan. Usaha menyelamat menjadi agak sukar kerana dinding empangan yang besar dan luas telah menghalang kami untuk mencapai kucing itu.”

Tetapi pasukan penyelamat tidak mahu berputus asa untuk menyelamatkan kucing ini. Dua orang kakitangan dari Army Corps of Engineers, Ryan Martin dan Jared Perrott yang berada di tempat kejadian kemudian telah menawarkan bantuan kepada pasukan penyelamat dengan menaiki bot melalui empangan untuk menyelamatkan kucing ini.

Masa selama satu jam telah diambil untuk menutup aliran air empangan supaya mereka boleh membawa bot melalui permukaan empangan untuk menyambut kucing itu yang akan terjatuh ke dalam air pada bila-bila masa kerana keletihan.

Tidak lama kemudian, seakan sudah memahami bahawa dia akan diselamatkan oleh Ryan dan Jared yang sedang menuju ke arahnya, kucing ini telah melepaskan pautan itu lalu mengelongsorkan dirinya ke bawah untuk disambut oleh pasukan penyelamat.

Akhirnya, kucing yang sudah keletihan ini telah berjaya diselamatkan berkat jasa dua orang penyelamat yang sungguh baik hati.

Pada hari itu, kucing ini telah dibawa ke Jabatan Sherif Huntington sementara menunggu pemiliknya datang untuk menuntut.

Kucing ini yang bernama Mr.Vanjie akhirnya telah dipertemukan dengan pemiliknya, Heidi Greving-Stutvoet yang telah membuat laporan kehilangan kucingnya sejak hampir dua minggu sebelumnya.

Jika tidak kerana tindakan berani Ryan Martin dan Jared Perrott yang menyelamatkan Mr.Vanjie, Heidi mungkin masih mencari kucing kesayangannya ini.

Lihat video saat cemas dan usaha menyelamat Mr. Vanjie di bawah.

Sumber: ERA BARU

1