Selama 3 Hari Kucing Ini Tidak Dapat Sebarang Makanan Dan Minuman

Selama 3 Hari Kucing Ini Tidak Dapat Sebarang Makanan Dan Minuman

Di Johor Bahru, seekor kucing ditemui atas bumbung sebuah bangunan di Flat Serantau sedang meminta pertolongan. Tidak diketahui bagaimana kucing tersebut boleh berada di situ sama ada kucing tersebut melompat ataupun tidak.

Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat menyelamatkan kucing daripada kelaparan selepas dipercayai terperangkap tiga hari di atap pelindung di tingkat 16, Flat Serantau pada hari Jumaat, 8 Januari 2016

Bertindak daripada aduan awam, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru melaksanakan Operasi Menyelamat Kucing pada pukul 11 pagi.

Pegawai Bomba Kanan II, Kamarulzaman Salleh berkata, anggotanya mengambil masa kira-kira sejam untuk menyelamatkan kucing tompok putih dan hitam itu.

“Bertindak daripada aduan awam kami ke lokasi untuk ke rumah kosong di flat itu dan menemui seekor kucing sedang kelaparan.

“Anggota menggunakan kaedah ‘lowering tali belay’ dan ‘main line’ untuk menyelamatkan kucing itu,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kucing tidak bertuan itu ditarik ke atas pada 12.18 tengah hari. Operasi berjalan dengan lancar kerana kucing itu tidak melawan.

Sumber: HARIAN METRO

1