Selepas Beri Kucing Makan, Setiap Hari Dapat Tawaran Kerja

Selepas Beri Kucing Makan, Setiap Hari Dapat Tawaran Kerja

Setiap daripada rezeki yang kita dapat, ada hak orang atau makhluk lain. Seperti kata Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, “Adalah puncak kepuasan itu bukan puas memiliki tetapi puas memberi.”

Sedar tidak sedar, harta yang kita sedekahkan itulah sebenarnya milik kita apabila di akhirat kelak. RM 1 yang disedekahkan mungkin lebih besar nilainya di akhirat berbanding RM 1000 di dunia yang tidak disedekahkan

Seorang pengguna Twitter, Shahiza Achikk berkongsi pengalamannya mendapat rezeki tak dijangka dengan memberi makanan kepada kucing jalanan. Berikut adalah berkongsiannya.

Minta doa si kucing ketika beri mereka makan

Setiap kali memberi kucing makan, Sha akan meminta kucing tersebut mendoakannya. Dia turut berkongsi cara yang praktikal dan kemas untuk memastikan makanan kucing tidak lemau berbanding disimpan di dalam bungkusan makanan asal.

Dapat 5 tawaran temuduga dalam 5 hari berturut-turut

Pernah tercicir duit, dapat ganti 2 kali ganda nilai yang hilang

“Kadang-kadang Allah tak bagi waktu kita minta, tapi Dia bagi bila tiba waktu yang sesuai. Allah bagi dalam diam. Jangan berhenti berdoa. Alhamdulillah atas nikmat yang Allah dah bagi yang kadang-kadang kita tak perasan pun nikmat tu.”

Sudahkah anda bersedia berbuat baik kepada haiwan?

 

2