Selepas Syed Saddiq Tayang Kucing Kesayangannya Ramai Wanita Mahu Jadi Bininya

Selepas Syed Saddiq Tayang Kucing Kesayangannya Ramai Wanita Mahu Jadi Bininya

Sepotong rakaman video Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memperkenalkan kucing peliharaan baru kepada ibu bapanya telah menarik perhatian pengikutnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya beserta kapsyen untuk tatapan umum.

“Mama dan Abuyah came to visit. Surprised them with their new granddaughter,” tulis Saddiq.

Rata-rata peminat Saddiq di IG berseloroh turut memperkenalkan diri mereka sebagai bakal isteri kepada kedua ibu bapanya.

“@_aisah14: Kenapa tunjuk granddaughter je? Kenapa tak tunjuk bakal menantu dia sekali ha.”

“@susilanabila: Bawa saya yb, mesti mama happy hahaha.”

“@btrcobin: Introduce me to them oneday ok bye.”

“@nurulardlian: Hey, but your wife is here. Introduce me too.”

“@amraamzh: You should introduce me to your mom as your future wife too yb.”

Namun, ada segelintir netizen yang menjadi ‘mak cik bawang’ dan menegur Saddiq kerana berkongsi video yang menampakkan aurat ibunya.

“@admwfq: YB minta izin dulu and tanya mak yb sebelum post. Walaupun rambut ia tetap aurat. Sorry hanya menegur.”

“@nursofika: Dont you think should cover her aurat? Im just asking not bashing.”

“@queenbhoney_nadia: YB, maaf menegur. Tolong jaga aurat mama yb yea. Minta jasa baik yb untuk delete video ini. Maaf.”

“@http.shrekkk: Sorry tapi kalau yb sayang your mum you should cover her aurah, no offense.”

“@aiyeol88: Emm yb bukan mama yb pakai tudung ke. Please cover her aurah as you’re a soleh son. Maaf kalau saya yang tersilap.”

Namun begitu, terdapat juga pengikut Saddiq meninggalkan komen positif dan mempertahankan tindakannya.

Saddiq bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan tidak bertindak untuk membalas komen-komen tersebut.

Sumber: ASTRO GEMPAK