Seorang Jutawan Mahu Membeli Gunung Untuk Mengukir Gambarnya Sekeluarga

Seorang Jutawan Mahu Membeli Gunung Untuk Mengukir Gambarnya Sekeluarga

Jika anda memiliki gunung atau tebing yang sukar untuk dijual, mungkin anda boleh membuat tawaran kepada seorang jutawan pada harga yang tinggi.

Ini kerana dia mahu membeli untuk mengukir wajahnya, sebagaimana yang pernah dibuat di Gunung Rushmore di Amerika Syarikat (AS).

Laman web hartanah mewah HushHush.com baru-baru ini mendedahkan seorang jutawan misteri yang mengemukakan permintaan yang sangat luar biasa, iaitu dia mahu membeli sebuah gunung atau tebing.

Permukaan batu yang besar cukup untuk mengukir potret pembeli itu termasuk isterinya, tiga anak dan anjing peliharaan mereka.

Jutawan itu dikatakan sanggup membayar sehingga £12 juta (RM63.19 juta) hanya untuk sebuah gunung, dan mempunyai peruntukan lain untuk mengupah satu pasukan mengukir batu untuk menghasil potret mereka sekeluarga.

HushHush.com ketika ini tidak mempunyai bukit atau tebing untuk dijual. Namun, memandangkan jutawan misteri itu merupakan pelanggan setia di pasaran, mereka mengumumkan permintaan itu secara umum dengan harapan mendapat hartanah yang bersesuaian.

Jika anda seorang yang berduit dan berharta adakah anda akan buat perkara yang sama dilakukan oleh jutawan ini?

Sumber: mStar