Seorang Lelaki India Memanjat Masuk Zoo Dan Bertemu Dengan Singa

Seorang Lelaki India Memanjat Masuk Zoo Dan Bertemu Dengan Singa

Padah memecah masuk zoo dengan memanjat pagar, seorang lelaki m4ut dibaham dua ekor singa yang berada dalam kandangnya pada Ahad lalu.

Menurut pegawai Taman Zoo Mahendra Chaudhary yang dikenali sebagai Zoo Chhatbir itu, mangsa memanjat pagar setinggi 25 kaki di zoo tersebut sebelum diserang oleh dua ekor singa ketika dia memasuki kawasan larangan.

Jelas mereka lagi, lelaki tersebut kemungkinan berusia lingkungan 30 tahun dan identitinya masih belum disahkan berikutan ketika ditemui, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dibawa bersamanya.

Ketika di serang oleh singa jantan dan betina itu, para pegawai lekas menghampiri mangsa untuk menyelamatkan mangsa namun terlambat apabila haiwan pemangsa itu telahpun membahamnya.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.20 petang itu, mangsa ditemui dengan kecederaan serius pada bahagian leher, muka dan leher.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital berdekatan dalam keadaan kritikan dan menghembuskan nafas terakhirnya di situ.

Lelaki tersebut kemungkinan mabuk sebelum memecah masuk zoo tersebut berikutan keadaan pagar yang terlalu tinggi dan sukar untuk seorang individu yang berada dalam keadaan normal untuk melepasi dengan mudah.

Sumber: India Today

2