Setiap Hari Dia Akan Balik Ke Rumah Dengan Menaiki Kereta Api Secara Percuma

Setiap Hari Dia Akan Balik Ke Rumah Dengan Menaiki Kereta Api Secara Percuma

Bagi kebanyakan orang yang menggunakan sistem keretapi bawah tanah di Tokyo, kadang-kala sistem itu agak mengelirukan. Tetapi rasanya tidak bagi seekor kucing ini. Mungkin kadang-kala kucing ini akan mentertawakan manusia yang keliru itu.

Kucing yang bijak dan comel ini dilihat menaiki keretapi bawah tanah di stesen Seibu Ikebukuro di Tokyo, Jepun dalam beberapa kali .

Dan ia sangat selesa dan agak mengetahui akan perjalanan keretapi bawah tanah ini. Tiada peta dan penunjuk arah diperlukan

Ramai penumpang keretapi tersebut menyedari akan kehadiran penumpang luar biasa ini sejak dari tahun 2013 lagi.

Mungkin juga ia bukan kucing yang sama, akan tetapi rupanya setelah dilihat beberapa kali adalah seperti kucing yang sama. Penumpang yang lain juga menyedari dan memerhatikan yang kucing ini mempunyai etika penumpang keretapi bawah tanah yang sangat baik dan terpuji.

Kucing ini akan mengecilkan diri dan memberi ruang kepada penumpang lain seboleh yang ia mampu. Dengan etika yang sebegitu rupa, sememangnya kecomelan kucing ini adalah tiketnya menaiki keretapi bawah tanah tersebut setiap hari.

Sumber: www.erabaru.com.my

 

1