Siapa Sangka Hubungan Kucing Dan Memerang Serapat Ini

Siapa Sangka Hubungan Kucing Dan Memerang Serapat Ini

Apabila Sam si kucing Bengal menemui seekor memerang bernama Pip buat pertama kalinya, tiada siapa yang menyangkakan hubungan persahabatan yang erat akan terjalin di antara kedua-duanya.

Sejak awal perkenalan, kedua-dua haiwan ini sudah mula menunjukkan reaksi suka antara satu sama lain sekali gus memudahkan mereka membentuk perhubungan yang rapat. Malah, keletah mereka bergurau bersama-sama turut mencetuskan gelak tawa daripada ahli keluarga lain.

Mereka menggigit manja, berguling bersama dan turut bergaduh sesama sendiri. Tetapi segalanya dilakukan atas dasar gurauan. Anda boleh lihat ikatan mesra yang terjalin antara keduanya.

Melihat Sam dan Pip bermain dan makan bersama di dalam video tersebut, pasti akan membuatkan anda tersenyum sehingga ke telinga.

Mereka bukan sahaja berkongsi makanan tetapi tidak sekali pun bergaduh kerana berebut. Masing-masing menunggu giliran masing-masing untuk mendapatkan makanan.

Sam dan Pip juga gemar ‘lepak’ bersama di hadapan televisyen. Gambar di atas menunjukkan Sam hanya membiarkan Pip duduk di atas badannya.

Ini pula gambar Pip menyergah Sam yang sedang berbaring di atas katil. Lihat reaksi terkejut Sam setelah disergah oleh Pip. Sambil melompat terus Sam! Haha..

Lihat lebih banyak lagi aksi comel mereka di dalam video di bawah:

Sumber: ERA BARU

2