Siapa Sangka Kucing Jalanan Boleh Jadi Secantik Ini

Siapa Sangka Kucing Jalanan Boleh Jadi Secantik Ini

Seekor kucing jalanan, yang diberi nama sebagai Cotton mempunyai penyakit kulit dan mata sehingga tidak boleh membuka matanya. Walaupun keadaan dia amat teruk, seorang lelaki, Joe yang kasihan terhadapnya telah membawanya pulang untuk membantu kucing ini.

Kucing yang malang ini dijumpai di lorong Royal Palm Beach, Florida dan berada dalam keadaan kelaparan. Tanpa membuang masa, Joe memberikan makanan kepadanya dan Cotton makan seolah-olah tidak makan untuk tempoh yang lama. Ketika Cotton sedang menjamu selera, Joe telah menangkap gambarnya dan memuat turun ke dalam Facebook.

Joe juga memerlukan bantuan daripada orang lain supaya dapat memulihkan keadaan kucing jalanan yang berpenyakit ini.

Melalui daripada situ, Carmen Weinberg, pengasas Animal Friend Project mengetahui tentang Cotton dan beliau mula mengambil langkah segera bagi membantu Cotton. Keesokan harinya, Carmen mengambil dan membawa kucing ini ke klinik haiwan dan telah disahkan mempunyai penyakit kurap diseluruh badannya oleh doktor.

Disebabkan penyakit ini, Cotton tidak dapat membuka matanya kerana kurap memenuhi ruang matanya. Selain itu, Cotton juga berada dalam keadaan dehidrasi dan kekurangan zat makanan. Doktor haiwan telah merawat Cotton dengan baik.

Doktor telah memberikan antibiotik dan ubat-ubat lain untuk memulihkan keadaannya. Selepas Carmen membawanya pulang, Cotton seolah-olah mendapat semangat baru untuk meneruskan hidup.

Selepas diberikan rawatan dan penjagaan yang baik, Cotton mula menunjukkan perkembangan yang positif.

Bukan sahaja Carmen, malah suaminya, Don dan anak perempuannya, Elisa turut membantu Cotton dengan penuh kasih sayang. Selepas rawatan demi rawatan, keadaan Cotton mula berubah dan kurap-kurap dibadannya kian hilang.

Menurut Carmen, minyak kelapa disapukan ke atas badan Cotton untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Selain itu, mereka memberi air yang mencukupi dan makanan daripada tin untuk penghidratan.

Jika Cotton mendapat bekalan air yang mencukupi, badannya akan sihat dan boleh kembali aktif. Pemulihan ini sememangnya memakan masa tetapi mereka sekeluarga tidak berputus asa. Walaupun Cotton sendiri kurang selesa dengan pelbagai rawatan, tetapi mereka bersabar dan berusaha memberikan yang terbaik kepadanya.

Selepas itu, yang paling menarik ialah apabila mata Cotton boleh dibuka kembali dan boleh melihat seperti biasa. Bukan itu sahaja, Cotton mempunyai sepasang mata yang istimewa dan unik. Satu berwarna biru dan satu berwarna kuning.

Cotton merupakan kucing yang sangat manja. Menurut Carmen, Cotton akan membuat suara yang bising untuk mendapat perhatian dan bermanja dengannya. Cotton juga akan mengikut di mana-mana sahaja mereka akan berada.

Jasa Joe, Carmen dan keluarganya serta para doktor haiwan berjaya mengubah keadaan Cotton daripada kucing kurap kepada seekor kucing yang sangat istimewa.

Sumber: ERA BARU

1