Siapa Sangka Kucing Yang Dulu Kurus Kering Boleh Jadi Secomel Ini

Siapa Sangka Kucing Yang Dulu Kurus Kering Boleh Jadi Secomel Ini

Anak kucing yang malang ini hampir menemui ajalnya setelah dijumpai berada di tepi jalan raya oleh sebuah keluarga. Kasihan dengan nasib malang yang mungkin menimpa anak kucing ini, mereka memutuskan untuk memeliharanya dan merawatnya supaya kembali sihat.

Yang mengejutkan, anak kucing yang dahulunya kurus kering, sakit dan hampir mati ini telah berubah menjadi seketul makhluk yang gebu setelah dijaga oleh keluarga tersebut. Bertuahnya kucing ini!

Bangga dengan transformasi menakjubkan Silas, tuannya telah membuat satu akaun Instagram khas untuk Silas sebagai tanda untuk kongsikan detik-detik gembira Silas bersama keluarga tersebut.

Segala gambar Silas dimuat naik dengan kapsyen, “Silas, sebelum dan selepas! Ia ditinggalkan di tepi jalan dan hampir mati. Kami telah memeliharanya dan tak sangka si kecil ini akan berubah menjadi seperti ini!”

Sebelum…

Selepas…

Geramnya!!! Dahlah comel, gebu, putih melepak pula tu! Hidung pink lagi! Ish!

Sumber: ERA BARU

1