Siapalah Yang Tergamak Buang Kucing Di HIGHWAY

Siapalah Yang Tergamak Buang Kucing Di HIGHWAY

Highway atau lebuhraya adalah di tempat kereta akan bawa dengan sangat laju melebihi 100km/j. Pertemuan seorang lelaki ini bakal membuatkan anda rasa sedih dengan sikap manusia zaman ini.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Abam Redo sedang membawa motosikal di highway ketika waktu malam. Walaupun gelap kerana waktu malam namun perhatiannya teralih kepada benda putih yang berjalan di atas jalan raya.

Dia yang merasa aneh dan tertanya tanya terus memberhentikan motornya di bahu jalan raya dan cuba melihat dengan lebih dekat akan objek putih yang dilihatnya. Objek itu merupakan seekor anak kucing kecil yang lemah sembunyi sebalik rumput lebuhraya.

Dia cuba menangkap kucing tersebut dan bukannya satu perkara yang mudah kerana pada waktu malam dan juga kucing itu cuba melarikan diri. Kucing dan dia bernasib baik tidak dilanggar oleh kenderaan lain yang berada di kawasan tersebut.

Selesai menangkap kucing tersebut dia telah memuat naik gambar kucing tersebut dengan caption “Sape la buang anak kucing kt tgah higway ni….jnuh nk tngkap….dpt jugakkk….nsib tk kene langorrrr…..maknusia2”

Sebelum ini kita selalu dengar orang buang anak kucing di pasaraya, tapi manusia sekarang sanggup membuang kucing di lebuhraya highway. Manusia manusia hmmmm………

3