Sudah lah Dibuang Lepas Tu Kena Tendang Macam Bola

Sudah lah Dibuang Lepas Tu Kena Tendang Macam Bola

Assalamualaikum admin, pertama sekali tolong hide profile aku min, sebab aku nak share benda ni tak nak terkait dengan nama aku, thank you admin.

Dekat tempat kerja aku ada orang buang kucing min. Kucing tu seekor ke, kadang-kadang kalau aku ada duit lebih sikit aku belikan dia wetfood dan ada jugak la staff-staff lain yang tolong bagi dia makan

Namun lama kelamaan kucing tu makin sakit min, tak tau la kene sepak ke ape ke sebab kucing tu jinak dan tak garang. Tapi sekarang ni  admin kucing tu dah teruk min.

Terdapat luka-luka kat badan dia, hidung dan kaki dia. So aku nak minta tolong yang teramat sangat dekat engkau min tolong la carikan sesiapa yang boleh selamatkan kucing tu min.

Aku kesian min kat dia, dahlah kene buang, sakit pulak tu. Kadang aku tengok dia termenung kat tepi dinding tmpat kerje aku min, muka dia menahan sakit min. Mungkin jugak rindukan tuan dia ke, aku sedih min tengok dia.

Berair mata aku min tengok keadaan dia, aku tak mampu nak tolong dia min. Cukup la aku tanam seekor minggu lepas sebab kena langgar dengan forklift depan mata.

Demam aku min, tapi yang nih min tolong lah min tolonglah aku merayu sangat tolong la kucing tu min. Aku sekadar mampu bagi makan je min.

Lebih dari tu aku tak mampu, tolong la min gune ape yang ko ada min. Kucing tu selalu ade kat parking kete kat NSK KOTA DAMANSARA…tolong min ye..aku mintak tolong sangat min..tolong…

3