SYARIKAT JEPUN UPAH KUCING UNTUK HILANGKAN TEKANAN PEKERJA

SYARIKAT JEPUN UPAH KUCING UNTUK HILANGKAN TEKANAN PEKERJA

TOKYO – JEPUN. Sebuah syarikat di Jepun menggunakan cara unik dengan membela beberapa ekor kucing di pejabat bagi menghilangkan tekanan pekerjanya.

 

Sebanyak sembilan ekor kucing dibela di syarikat teknologi maklumat Ferray di Tokyo di mana haiwan itu dibenarkan makan, tidur malah dibiarkan berkeliaran di dalam pejabat berkenaan.

 

Hidenobu Fukuda yang mengetuai syarikat itu memperkenalkan polisi “pejabat kucing” pada tahun 2000 selepas mendapat permintaan pekerjanya bagi membenarkannya kucing peliharaanya dibawa ke tempat kerja.

 

“Saya juga memberikan 5,000 yen (RM193) kepada pekerjanya yang menyelamatkan kucing,” katanya dipetik AFP

 

Pekerja syarikat Ferray, Eri Ito berkata, kehadiran kucing menghilangkan tekanan kepadanya.

 

“Ketika melihat kucing tidur bersebelahan, ia menghilangkan tekanan,” kata Ito.

 

Dalam pada itu, Fukuda mengakui, kehadiran haiwan itu juga turut mendatangkan masalah.

 

“Kadang-kadang kucing akan berjalan pada telefon dan memutuskan talian atau mereka turut menutup komputer ketika berjalan-jalan di suis,” katanya

 

Beberapa syarikat lain di Jepun turut membenarkan haiwan dibawa ke pejabat untuk membantu mengurangkan tekanan dan kepenatan.

 

Pesona Group turut “mengupah” dua ekor kambing pada tahun 2011 dan dua biri-biri pada tahun 2013 sebagai ‘pekerja’ sepenuh masa bagi mengurangkan tekanan pekerja.

 

Tokyo menyaksikan kira-kira 60 kafe kucing berdaftar di bandar itu.

 

1