“Takde langsung sambutan Valentine Day’s ke apa macam kat Malaysia.” – Fynn Jamal kongsi perbezaan V-Day ketika cuti di Paris

“Takde langsung sambutan Valentine Day’s ke apa macam kat Malaysia.” – Fynn Jamal kongsi perbezaan V-Day ketika cuti di Paris

Mengenali seorang wanita bernama Fynn Jamal, boleh dikatakan orangnya cukup bersederhana. Hanya berpenampilan dengan sehelai jubah hitam dan solekan tipis, beliau yang berusia 36 tahun itu tetap tampil yakin di khalayak umum.

Terbaru, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Arjuna Beta itu telah memuat naik gambar-gambar percutian beliau di Paris, Perancis bersama bapanya di laman sosial Instagram.

Menurut Fynn, walaupun Paris sangat sinonim dengan gelaran kota cinta dan paling romantis di dunia, namun bandar itu tidak mempunyai sebarang sambutan sepanjang hari kekasih atau Valentine Day pada 14 Februari yang lalu.

i went to paris on the day that was supposed to the the day of romance. the v day.
kebetulan.
tak plan pun.

funniest story was:
di kota yang dikatakan city of romance itu—
tak ada LANGSUNG sambutan, kemeriahan, kehangatan dan segala jenis kaitan romansa di situ.

sale bersempena— ada lah. itu pun tak semua tempat. kedai makan dgn promo murah. discounted price. macam tu ajelah.

takde pun public display of love sangat pun. takde proposal kahwin dengan ribu2 belon ke. serius. macam takde apa pun sebenarnya.

but here we are, in malaysia, dah masuk hari ketiga selepas hari itu—
sayang sekali—
masih bersepahan dalam feed tentangnya.

dan kita orang islam.
dan ini bukan perayaan kita.

kindly read on the actual history of this v day. the origin. the real story yang melibatkan kepala2 yang dipenggal, nyawa2 yang dibunuh dan darah2 yg dialir. juga tentang saint valentine sendiri yang menyempena perayaan ini.

v day is religious. bukan sekadar saja2. maka tak mau buat lagi, ya?

kalau tak tau, istighfar.
kalau dah tau, jauhkan.

kalau tak buat, alhamdulillah.
kalau dah buat, delete ajelah.

settle ?

Fynn turut menjelaskan bahawa sebagai seorang Islam, kita dilarang untuk mengikut atau meniru sesuatu yang berkaitan dengan keyakinan, pemikiran dan amalan kebiasaan mereka.

Hampir semua pengikut beliau bersetuju dengan kenyataan itu dan rata-rata memberikan komen yang membina dan positif.

Kena tahu konsep sebenar V-Day

Nasihat yang bagus

Tidak kurang ada juga yang kesal dengan segelintiran masyarakat Islam kita yang terlalu sibuk untuk mengagungkan perayaan tersebut bersama pasangan kekasih masing-masing.

Orang kita sibuk nak sambut

Jakun nak ikut budaya barat

Sumber: Fynn Jamal

1