Tandas Di Malaysia Antara TERKO TOR Di Dunia

Tandas Di Malaysia Antara TERKO TOR Di Dunia

Baru kejap tadi admin menonton video di youtube dan terjumpa seorang wanita korea yang suka menetap dan tinggal di Malaysia. Antara topik yang dibincangkan wanita korea tersebut adalah tandas di Malaysia sangat lah berbeza dengan malaysia. Tandas di korea sangat lah bersih tiada kot oran di lantai mahupun mangkuk jamban, sesetengah tandas di korea menggunakan mesin untuk membersihkan koto ran anda. Namun di malaysia, keadaan tandas sangat ko tor, berbau dan peralatan pun rosak. Antara kelemahan tandas kita adalah

1. Kita selalu meninggalkan tandas dengan lantai yang basah
Sudah menjadi budaya di Malaysia untuk membersihkan diri menggunakan air, tetapi ramai antara kita bukan sahaja membersihkan diri tetapi membersihkan lantai sehingga menyebabkan kawasan tandas menjadi lecak dan pengguna seterusnya berasa tidak selesa untuk menggunakan tandas.

2. Pengguna tandas awam malaysia duduk mencangkung atas mangkuk tandas.

Ada sesetengah pengguna yang duduk atas tandas kerana ingin melepaskan hajat dengan selesa namun tindakan ini menyebabkan mangkuk tandas tidak dapat menampung beban pengguna seterusnya menyebabkan ia pecah. Dalam setiap tandas supermarket ada kebiasaannya akan ada satu jamban untuk cangkung. Tetapi mereka tetap memilih untuk cangkung atas mangkuk jamban mungkin kerana geli untuk duduk secara biasa.

3. Daki atau kotoran kecil hitam di merata tempat

Perkara ini menyebabkan pengalaman untuk melepaskan najis menjadi tidak selesa, sudahlah toilet basah ditambah pula dengan daki di dalam jamban, ditempat pemegang paip. Walaupun kita sudah biasa namun pelancong di malaysia menjadi tidak selesa melihat keadaan ini. Mungkin perangai ini bermula semenjak sekolah lagi, cuba anda ingat kembali zaman sekolah anda adakah tandas di sekolah bersih dan tidak kotor? Kerajaan dan pihak cikgu perlu membuat kempen untuk membersihkan tandas sekolah bagi pihak pelajar supaya kita mempunyai rasa tanggungjawab untuk memiliki tandas yang bersih.

5