Tempat Makan Yang Best Di Kedah Alor Setar

Tempat Makan Yang Best Di Kedah Alor Setar

Ibu negeri Kedah, Alor Setar atau dipanggil “Loq Staq” oleh penduduk tempatan adalah salah satu destinasi menarik bagi kaki-kaki makan. Tempat-tempat makan yang menawarkan pelbagai jenis menu menyelerakan dan murah semestinya menjadi agenda utama setiap kaki makan yang datang ke Alor Setar.

Kalau anda nak tahu tempat-tempat makan terbaik di Alor Setar yang mendapat sambutan dan liputan media-media masa dan sosial, jom baca tentang 10 tempat makan yang WAJIB dikunjung di Alor Setar ini. 1. Nasi Lemak RoyaleTak sah rasanya kalau datang ke Alor Setar tak makan nasi lemak ni. Bila musim cuti sekolah, dia punya queue tu mencapai level bumper-to-bumper! Nasi Lemak Royale ni ada banyak cawangan kat Alor Setar since perniagaan ni dikembangkan oleh keluarga pemiliknya. Antara yang popular adalah:-Royale depan Bangunan Alor Ria, berdekatan Pekan Rabu lama (dikatakan yang ni adalah pioneer)-Royale Hijau Kuning, Lebuhraya Sultan Abdul Halim.-Royale Istana, bersebelahan Istana Anak Bukit.

Fuhh sedapnya kuah banjir! kalau tak suka kuah banjir boleh bagitau kat mamak tu sbelum dia taruk kuah.

2. Koaytiow BakhariRahsia kehebatan koaytiow ni adalah ia digoreng dengan menggunakan arang dan udangnya telah siap dikupas. Pemiliknya, Pak Bakhari memulakan perniagaan pada jam 5 ptg setiap hari berbekalkan 70 kati koaytiow, 70 tray telur ayam, 20kg kerang dan 20kg udang yg siap dikupas sendiri oleh beliau. Seawal jam 8:30 malam, semua dah habis licin! ohsem kan?Lokasinya terletak di Medan Selera Pekan Simpang Kuala. Menurut Pak Bakhari, tiada hari cuti yang tetap. Hanya tutup jika bekalan udang dan kerang kurang atau tiada.

Tengok udang tu pon dah terliurkan?

3. Gulai Temenung Kuala KedahGulai temenung ni antara makanan kegemaran orang Kedah. Memang kau bukan orang Kedah la kalau tak pernah makan gulai ni. Lebih menarik jika bahan asas seperti rempah, digiling secara home made. Itulah keistimewaan yang ada pada gulai temenung Kuala Kedah. Eh terlupa pulak nak info, temenung tu adalah ikan kembung tau. Bukannya lepas makan gulai tu korang akan termenung.Antara warung-warung gulai temenung yang popular di Kuala Kedah:- Gulai Temenung Hj. Jamil, Jalan Batas Paip- Warung Kak Yang, Kg. Seberang Kota.- Gulai Ikan Meletop, Taman Kota Nelayan.

Gulai ikan ni kalau cicah dengan roti pon sedap oi!

4. Roti Doll Roti ni menjadi pilihan untuk warga Alor Setar bersarapan atau “menyorok” dalam dialek tempatan. Roti Doll ni adalah roti canai yang diletakkan telur mata separuh masak diatasnya dan selepas itu ditabur lada. Kuahnya dicampur dengan sambal untuk menambah lagi umph!Menurut sumber warga tempatan, Roti Doll ni diasaskan oleh peniaga roti canai bernama Faroq di Jalan Putra. Lama Kelamaan, roti ni menjadi popular dan dikembangkan oleh saudara Sham di Jalan Gunung Keriang.Lokasi popular Roti Doll:- Restoran Mee Faroq, Jalan Hutan Kampung.- Restoran Mee Sham, Jalan Gunung Keriang- Restoran MiKamal, Anak Bukit.Tengok telur kuning tu mana tahannn!

5. Awi PulutPulut memang tak dapat dipisahkan oleh penduduk negeri yang bersempadanan dengan Thailand. Awi Pulut menawarkan pulut mangga, pulut durian dan pulut kahwin (mangga+durian). Gerai ini akan dipenuhi dengan pelanggan seawal jam 8 pagi sehingga 4 petang dan akan menjadi sesak ketika cuti sekolah. Kalau korang minat pulut durian, dinasihatkan datang awal sebab sekarang ni stok agak terhad. Tapi bila masuk musim lambakan durian pada pertengahan tahun, tak payah bimbang dah! Lokasi:Bersebelahan Bangunan Mara, Jalan Langgar, Pusat Bandaraya Alor Setar. Peminat pulut durian pasti tak senang duduk kan?

Sumber: ILUMINASI

3