Terkejut Tuan Rumah Apabila Harimau Tidur Di Dalam Biliknya

Terkejut Tuan Rumah Apabila Harimau Tidur Di Dalam Biliknya

Tahukah anda, kejadian yang hampir sama dilaporkan telah terjadi di India di mana haiwan yang turut dikenali sebagai ‘Pak Belang’ itu ditemui sedang berehat di atas sebuah katil dalam sebuah bilik.

Insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah perkampungan yang terletak di Harmuti, Assam yang baru sahaja dilanda banjir musim tengkujuh.

Harimau tersebut dipercayai melarikan diri dari Taman Negara Kaziranga yang mana sekurang-kurangnya 92 ekor haiwan telah mati akibat banjir besar itu. Taman Negara Kaziranga menjadi habitat kepada lebih kurang 110 ekor harimau, namun setakat ini tiada di antara mereka yang dikatakan terkorban berikutan banjir tersebut.

Antara haiwan yang telah disahkan mati ialah 54 ekor rusa, tujuh ekor badak sumbu, enam ekor babi hutan dan seekor gajah. Berbalik kepada kes asal, menurut Wildlife Trust of India(WTI), harimau betina itu dilihat buat pertama kali berlegar di kawasan jalan raya kira-kira 200 meter dari taman negara berkenaan.

“Ia begitu kepenatan dan tidur sepanjang hari”, kata Rathin Barman, ketua operasi menyelamat harimau tersebut. Ia kemudiannya telah dibawa masuk kembali ke dalam kawasan hutan.

Sumber: Siakap Keli

3