Terkejut Wanita Ini Apabila Buaya Membunyikan Loceng Di Rumahnya

Terkejut Wanita Ini Apabila Buaya Membunyikan Loceng Di Rumahnya

SOUTH CAROLINA: Seorang wanita yang baru berpindah ke South Carolina terkejut menerima kunjungan ‘tetamu’ yang tidak diundang di rumahnya. Karen Alfano berkata, dia sangat terkejut selepas melihat seekor buaya yang seolah-olah sedang berdiri di laman rumahnya.

Dia yang baru berpindah ke Mrytle Beach dari New Jersey itu menjangkakan ada individu yang menjual majalah ke rumahnya namun terperanjat selepas melihat seekor buaya sepanjang enam kaki panjang itu ‘berdiri’ di hadapan rumahnya. Alfano yang merakam insiden tersebut berkata buaya itu kelihatan seperti berdiri dan mahu menekan loceng pintunya.

“Ia merupakan perkara paling hebat yang pernah saya saksikan,”katanya.

Wanita itu yang terkedu dengan kehadiran reptilia itu menganggap insiden yang berlaku itu tidak akan dilupakan. Akui Alfano lagi, dia sangat bertuah kerana buaya berkenaan tidak memecah masuk ke rumahnya tetapi hanya memusnahkan rak yang berada di hadapan rumahnya.

Selain meninggalkan kesan calar di ruang letak kereta rumahnya. Dia kemudian terus menghubungi pihak berkuasa untuk menangkap reptilia berkenaan.

Susulan video yang dikongsikan:

Sumber: ERA BARU

2