Tolong Jika Jumpa Anjing Ini Buka Ikatan Dawai Di Badannya

Tolong Jika Jumpa Anjing Ini Buka Ikatan Dawai Di Badannya

Kejadian yang menimpa seekor anjing amat menyedihkan hati ramai pihak, Seekor anjing ditemui telah dililit dengan dawaiberdekatan perut mengakibatkan kem4luan anjing itu terkeluar daripada tempatnya.

Perbuatan z4lim itu menyebabkan haiwan tersebut sering melarikan diri sebaik terserempak dengan manusia yang melihatnya. Bukan ini sahaja yang berlaku kepada haiwan seperti ini malah siri k3k3j4man terhadap haiwan berlaku lagi dan kali ini Persatuan Haiwan Malaysia menerima beberapa keping gambar daripada orang ramai mengenai insiden menimpa seekor anjing di Nilai, Negeri Sembilan.

Anjing dewasa itu ditemui orang awam berlegar-legar di sekitar bandar terbabit dalam keadaan pinggang telah diikat dengan dawai secara ketat. Malah, siasatan Persatuan Haiwan Malaysia berdasarkan gambar diberikan menunjukkan terdapat pintalan dawai dipercayai dilakukan manusia dan bukannya berlaku secara tidak sengaja.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, pintalan dawai terbabit dipercayai sengaja dilakukan sama ada untuk mem4tikan haiwan berkenaan atau secara suka-suka. Berdasarkan gambar diberikan, kami percaya ia berlaku lebih sebulan lalu menyebabkan pinggang anjing terbabit semakin mengecut.

“Ini mungkin memberikan komplikasi kepada anggota lain jika dibiarkan kerana darah tidak mengalir secara normal dan tidak mustahil berlaku kerosa kan pada anggota. Perbuatan ini cukup z4lim dan tidak masuk akal. Mana mungkin manusia normal boleh bertindak demikian terhadap haiwan,” katanya ketika dihubungi .

Beliau berkata, buat masa sekarang, pihaknya sudah menghantar kakitangan ke lokasi tersebut untuk mengesan anjing terbabit, sekali gus memberi bantuan segera. Tapi malangnya, usaha kami gagal kerana anjing terbabit tidak kelihatan. Daripada maklumat diterima saksi, haiwan terbabit akan melarikan diri jika terserempak dengan manusia.

“Kami mendapat kerjasama orang ramai yang berada di sekitar lokasi untuk mengesannya. Malah, kami mungkin memasang per4ngkap sekali gus memudahkan ia diselamatkan,” katanya. Persatuan Haiwan Malaysia memuat naik gambar anjing terbabit berserta status dalam Facebook rasminya hingga mendapat perhatian pelbagai pihak.

Status terbabit antaranya: “Lagi siri kek3j4man dan perbuatan z4lim terhadap anjing di Nilai, Negeri Sembilan. Satu aduan diterima berkenaan seekor anjing dewasa ditemui dalam keadaan pinggang diikat dawai secara ketat. Kesan ini menyebabkan kem4luannya terj ojol keluar.

Perbuatan manusia bi4dab terhadap anjing ini amat meny3ksa sang anjing. Mengikut laporan anjing ini sukar didekati dan kerana itulah diminta sesiapa sahaja boleh turun untuk sama-sama membantu melepaskan ikatan anjing ini.

Pasukan menyelamat dikerah ronda di kawasan berkenaan untuk memasang perangkap yang diperlukan. Semoga Anjing Dawai malang ini dapat dibantu. Kawasan Legar: Fun Fair Nilai atau Kawasan Tesco Nilai Negeri Sembilan dan berdekatan.”

Sumber: HARIAN METRO

2