Update- Kucing Dikurung Dalam Kereta Kini Telah Hilang

Update- Kucing Dikurung Dalam Kereta Kini Telah Hilang

Menurut individu yang memaklumkan kepada kami berkaitan kisah kucing yang dikurung dalam kereta selama 3-4 hari itu telah hilang tidak tahu berada dimana

Kisah –  Kucing Ditemui Terkurung Dalam Kereta 

Melalui mesej yang dihantar kepada kami, terdapat beberapa individu yang cuba untuk membuka tingkap kereta tersebut bagi menyelamatkan kucing yang terperangkap.

Namun Casey Koh tidak memberitahu kami adakah individu tersebut menyelamatkan kucing tersebut dengan cara mengumpil pintu atau memecahkan cermin. Selepas beberapa jam, Casey menghantar satu lagi mesej kepada kami.

Kenalan Casey Koh telah bertindak meninjau keadaan kucing tersebut di parking hotel, namun apa yang didapati adalah kereta dan kucing tersebut telah hilang. Casey dan kawannya tak tahu sama ada kucing tersebut telah diselamatkan atau tuannya telah kembali ke kereta apabila post ini viral

Casey Koh sedang menunggu berita sama ada kucing tersebut telah diselamatkan atau tidak, adakah owner yang terbaca post kami sebelum ini telah kembali ke kereta kerana baru teringat dia telah membawa kucingnya bersama atau pun ada orang lain cuba selamatkan kucing tersebut.

Walau apa pun admin nak ucapkan terima kasih atas keprihatinan para pembaca yang sudi berkongsi kisah haiwan malang. Tolong comment sikit dekat bawah. Kami sayang admin KPKM ketat ketat

 

2