Ustaz Ebit Lew Hadiahkan Bini IPhone 11 Pro

Ustaz Ebit Lew Hadiahkan Bini IPhone 11 Pro

Selepas pelancaran IPHONE 11 di Malaysia ramai di kalangan rakyat malaysia telah membelinya untuk dihadiahkan kepada isteri, suami dan juga follower. Trend menghadiahkan iphone kepada orang tersayang kerana menghargai jasa mereka tidak hanya berhenti kepada golongan instagram dan twitter bahkan golongan ustaz juga menghadiahkan iphone kerana menghargai jasa si isteri.

Terbaru, ustaz ebit lew telah pun membeli iphone 11 pro berwarna gold untuk dihadiahkan kepada isteri tersayang yang telah banyak berjasa dalam hidupnya untuk membesarkan anak dan mendidik dengan didikan islam.

Ustaz ebit lew telah memuat naik gambar serta caption “Dekat Penang. Tak dapat nak call bidadari. Telefon takde. Terus belikan bidadari saya phone baru. Dah lama gak takde phone. Nak buat surprise buat bidadari tercinta. Kasihan hari-hari penat uruskan keluarga dan anak-anak. Tak dapat nak balas jasamu bidadariku

Orang jumpa saya selalu cakap terima kaseh. Puji saya. Ada kata saya pendakwah. Pendakwah sebenar ialah ibu bapa saya. Pendakwah sebenar bidadari saya. Bidadari saya yang urus anak ke sekolah. Ajar anak fatihah. Teman anak belajar setiap hari. Sebelum tidur siap iron baju anak-anak. Buat Talim dengan anak. Cerita kisah sahabat rhum dan bimbing anak baca doa tidur. Bangun pagi awal masak untuk anak-anak. Siapakan mandikan anak semua setiap hari. Hantar anak pergi sekolah. Allahu

Subhanallah begitu kuatnya diriku duhai isteri. Duhai bidadariku. Begitulah ramai wanita diluar sana. Wahai anakku hargai dan sayangilah ibumu. Jagalah dirinya. Ya Allah betapa diriku cinta dan sayang padanya. Cintai dan jagalah dirinya. Rindunya pada bidadari dan anak-anak. Ya Allah rahmatilah isteri,bidadari, wanita yang kau beri cinta dalam hati mereka buat suami dan anak-anak-ebitlew.”

Seronok kan dalam hidup kalau ada yang hargai jasa kita walaupun sedikit betul tak?

4