Waktu Inilah Masa Yang Paling Sesuai Buat Duit

Waktu Inilah Masa Yang Paling Sesuai Buat Duit

JANA pendapatan sampingan untuk menampung kewangan keluarga pada himpunan aman meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur, hari ini.

Itu dilakukan juruteknik, Mohammad Faizal Abdulllah, 35, yang mengambil peluang berniaga air pada himpunan di sekitar Dataran Merdeka, hari ini.

Menurut bapa kepada tiga anak itu, dia memulakan perniagaan dengan membuka meja jualan air minuman di kaki lima di Jalan Raja, Kuala Lumpur, pada 10 pagi.

“Alhamdulillah, jualan mendapat sambutan dan tak menang tangan untuk menyediakan air minuman kepada peserta tambahan pula cuaca panas pada tengahari,” katanya ketika ditemui hari ini.

Katanya, dia mendapat jualan lebih RM1,000 hasil usahanya itu.

“Kesempatan ini membantu saya menjana pendapatan sampingan untuk menyara keluarga.

“Malah, ramai peniaga sambilan yang datang berniaga di sini untuk menjana pendapatan sampingan bagi menampung sumber kewangan keluarga terutamanya yang tinggal di ibu kota ini berikutan ramai peserta,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Sumber: HARIAN METRO

8