Walaupun Tuannya Menangis, Namun Kucing Ini Enggan Memulangkan Mainan Tuannya

Walaupun Tuannya Menangis, Namun Kucing Ini Enggan Memulangkan Mainan Tuannya

Setiap haiwan peliharaan mempunyai telatah tersendiri sehingga anda sendiri tahu apa yang mereka suka lakukan dan sebaliknya. Ada kucing yang suka bermain, ada yang suka mengusik kawan-kawan lain dan ada juga yang tidak boleh duduk diam kerana ada sahaja perkara yang mahu ‘dikerjakan’.

Namun ada juga kucing yang pendiam, yang hanya memerhati orang dan kawan-kawan lain di sekitarnya. Tidak ketinggalan ada juga yang tidak suka bersendirian. Pantang melihat tuan mereka, pasti mahu membuntuti ke mana sahaja tuannya pergi.

Seperti kucing lain, si comel ini juga ada ‘perangai’ yang tersendiri. Kucing ini suka betul mengusik tuan kecilnya. Apa yang dilakukan oleh kucing ini ialah mengambil telefon bimbit mainan milik kanak-kanak itu dan membuatnya seperti ‘harta’ sendiri. Apa yang lebih melucukan kucing tersebut tidak membenarkan langsung kanak-kanak itu mengambil semula mainannya.

Apabila ditanya mengapa dia menangis, kanak-kanak itu menjawab dia menangis kerana kucingnya tidak mahu memulangkan mainan miliknya. Dia telah mencuba beberapa kali untuk mendapatkan ‘hak’nya semula tetapi masih dihalang oleh kucing tersebut.

Lihat sahaja tangisannya yang bersungguh-sungguh, dia memang mahukan mainannya semula tetapi kucing itu buat tidak endah sahaja dengan tangisan tersebut, malah menutup mainan tersebut dengan tangannya.

Ibu kanak-kanak itu kemudian turut mencuba nasib. Dia perlahan-lahan cuba mengambil mainan itu daripada ‘genggaman’ si kucing tetapi malangnya tidak berhasil. Malah si ibu turut hampir dicakar oleh kucing tersebut.

Alahai, kesian betul si kecil ini. Sudahlah mainannya ‘dicuri’, tangisannya pula tidak dipedulikan oleh kucingnya. Tonton video kucing yang nakal ini.

Sumber: ERA BARU

1