Wanita Campak Anjing Kerana Kecewa Haiwannya Makan Najis Sendiri

Wanita Campak Anjing Kerana Kecewa Haiwannya Makan Najis Sendiri

Seorang wanita di Korea Selatan menyesal dengan tindakannya selepas menc4mpak seekor anak anjing sehingga menyebabkan haiwan itu m4ti kerana gagal mengawal kem4rahannya terhadap pemilik kedai haiwan.

Lapor Nextshark, wanita itu membeli seekor anak anjing berusia tiga bulan baka Maltese dari sebuah kedai haiwan di Gangneung, Gangwon.

Apabila dia mendapati anjing itu memakan najisnya sendiri, wanita itu menyangka kedai itu telah menjual anjing yang tidak sihat kepadanya.

Dia kemudian menghubungi pihak kedai haiwan itu dan menuntut pampasan tetapi pemilik kedai enggan menuruti kemahuannya selain kesal dengan wanita terbabit yang menuduh dia menipu.

Tujuh jam kemudian, wanita itu datang ke kedai bersama dengan suaminya untuk menuntut wangnya dikembalikan.

Pemilik kedai haiwan itu tetap menegaskan dia enggan memulangkan wang pelanggan terbabit kerana isu yang berkaitan dengan makanan adalah tidak tertakluk pada syarat dalam tempoh 10 hari waranti.

Berang kemahuannya tidak dituruti, wanita terbabit mengeluarkan anjing itu dan mencampaknya ke lantai.

Sumber: THE REPORTER

2