Wanita Campur Klorox Dalam Susu Kucing Sebab Jiran Lepaskan Kucing

Wanita Campur Klorox Dalam Susu Kucing Sebab Jiran Lepaskan Kucing

Perbuatan yang kej4m dan langsung tidak berperikem4nusiaan. Seorang wanita mengakui pernah mengani4ya kucing jirannya dengan r4cun sehingga m4ti hanya kerana tidak sukakan haiwan tersebut.

Komen individu berkenaan tersebar di media sosial di mana dia berkongsi petua bagi mereka yang mempunyai masalah kucing di kawasan kejiranan.

Menurut wanita bernama Eika itu berkata, dia membancuh susu dan dicampurkan dengan cecair peluntur yang kemudian diletakkan di hadapan rumah. Keesokan harinya, kucing jirannya yang minum susu tersebut m4ti akibat ker4cunan.

“Saya bagi petua j4hat ni sis. Saya sedia dikecam. Tapi saya tak tahan sangat dengan jiran yang rasa tak bersalah. Kita marah kuat-kuat pun buat tak endah. Jadi, petua saya ini sangat berkesan.

“Saya bancuh susu dan letak klorox. Saya letak depan rumah. Malam, kucing minum. Bangun pagi esok, tengok kucing terbaring kejuung dah.

“Alhamdulillah selepas itu baru jiran ambil kisah, “Ya Allah terg4mak buat kucing macam ni”. Baru dia tahu saya sakit macam mana,” tulisya di Facebook.

Netizen mengecam tindakan kej4mnya itu dan mengelar Eika sebagai pembunuuh.

“Di mana letaknya hati dan perasaan awak sebagai hamba Allah. Kalau tak suka, jangan dibunuuh. Jangan sesekali ani4ya kucing atau apa-apa binatang sekali pun. Itu ciptaan Allah, cuma mereka tak diberi akal fikiran untuk berfikir seperti manusia,” kata netizen.

“Buka je tudung tu. What you did isn’t parallel to your appearance. Sia-sia solat tapi tak hormat kepada makhluk Allah yang tak tahu apa-apa. Cat k1ller, pathetic. Kucing itu lebih mulia dari kau. Semoga taubat kau diterima,” kata seorang lagi netizen.

Menyedari dirinya dikecam teruk oleh netizen, Eika kemudian memuat naik kenyataan berikut sebelum menyahaktifkan akaun Facebooknya.

“Okey saya minta maaf tapi saya memang tak suka kucing. Full stop!!”

Sumber: THE REPORTER

 

1