Wanita Korea Cantik Ini Berhenti Bekerja Sebagai Pramugari Dan Kini Jana Pendapatan USD25,000 Sebulan Dengan Hanya Makan Di Depan Kamera

Wanita Korea Cantik Ini Berhenti Bekerja Sebagai Pramugari Dan Kini Jana Pendapatan USD25,000 Sebulan Dengan Hanya Makan Di Depan Kamera

Setiap orang pasti ingin mencari pekerjaan yang sering menjadi impiannya. Paling menyeronokkan apabila seseorang itu mampu mendapat pekerjaan yang sesuai dengan semangat dan pada masa yang sama dapat menghasilkan gaji yang besar. Faktor itulah membuatkan seseorang sering mengambil keputusan berhent kerjai dengan impian untuk mencari perkerjaan yang lebih baik.

Sama dengan kisah seorang pramugari ini.

Pekerjaannya sebagai pramugadi masih tidak dapat memberikan kepuasan kepada dirinya. Dengan gaji sebanyak 2500 dollar atau sekitar RM 9754 sebulan telah membuatkan beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pramugari dan memilih untuk bekerja di rumah sahaja.

Ternyata, pilihannya tepat apabila pekerjaannya di rumah telah mampu menghasilkan pendapatan sebanyak 10 kali ganda dari pekerjaan sebelumnya.

Pramugari cantik bernama Jung Sora ini telah menjadi pengisi konten streaming live di AfreecaTV.

Di Korea, streamers seperti Sora dikenali dengan sebutan BJ.

Ketika sedang streaming, Sora hanya membicarakan hal-hal yang mudah, dari kehidupan sehari-harinya hingga pengalaman menariknya ketika menjadi pramugari.

Selain itu, menerusi Afreeca.TV  ini, Sora telah berjaya mendapatkan wang yang banyak dengan hanya makan dengan jumlah banyak (mukbang). Ianya turut dikenali sebagai ‘Mukbang Challenge.’ Terdapat ramai pengikut di seluruh yang sanggup mengikut Sora untuk mengetahui aktivitinya dan streaming beliau yang sedang makan dalam jumlah yang banyak.

Kini, Sora telah mampu memperolehi 25,000 dolar sebulan iaitu bersamaan sebanyak RM 97,540 ribu sebulan.

Sehingga hari ini, semakin ramai rakyat Korea yang ingin menjadi bintang “Mukbang” seperti Jung Sora.

Apa pandangan anda tentang pekerjaan Sora yang baru ini? Pernahkah anda cuba melakukan ‘mukbang’ beliau? Sila kongsikan pandangan anda!