Zul Ariffin Akui Kecewa Dan Terkilan, Hasrat Bercuti Dan Umrah Dengan Arwah Ibu Tercinta Tak Sempat Ditunaikan

Zul Ariffin Akui Kecewa Dan Terkilan, Hasrat Bercuti Dan Umrah Dengan Arwah Ibu Tercinta Tak Sempat Ditunaikan

Selepas pemergian ibunya yang tercinta Robiah Nasir akibat serangan jantung pada 5 Disember lalu, pelakon Zul Ariffin mengakui mengambil masa yang agak lama untuk berehat dan bertenang seketika.

Walaupun kehilangan itu sangat besar buat dirinya, pelakon filem Tombiruo itu redha serta meneruskan kehidupan dan mengisi kekosongan yang dirasai itu dengan kerja.

Zul berkata, meskipun dia kelihatan ceria dan gembira ketika menjalani kehidupan, namun bila berseorangan di rumah dia masih menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

Ini kerana dia sudah terbiasa dengan rutin kebiasaan yang sering dilakukan bersama ibunya sebelum ini di mana setiap pagi Zul akan menghubungi ibunya dan bercakap tentang apa sahaja sebelum memulakan kerja.

Tambah Zul, jika diikutkan awal Januari lalu, dia merancang untuk membawa ibunya bercuti ke Dubai dan seterusnya mengerjakan umrah bersama. Namun, dia mengakui sedikit terkilan apabila hasratnya itu tidak kesampaian.

Semoga Zul Ariffin terus tabah dalam menjalani kehidupan serta terus sukses di dalam industri lakonan pada masa hadapan!

Sumber: Sinar Harian

1